Sabah Big Bikers Club
The Club's Constitution

logo.jpg

Here we will explain the purpose of our organization. We may also include our mission statement on this page.

HOME

Latest News | The Club's Constitution | Members Page | Activities | Links | Contact Us | Articles and Opinions

The Club's Constitution








KANDUNGAN Muka Surat

FASAL 1 NAMA 4
FASAL 2 TEMPAT URUSAN
FASAL 3 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA


FASAL 4 TUJUAN/MATLAMAT 5
FASAL 5 KEAHLIAN


FASAL 6 BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN 6
FASAL 7 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI


FASAL 8 MESYUARAT AGUNG 7


FASAL 9 JAWATANKUASA 8


FASAL 10 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI 10


FASAL 11 KEWANGAN 11
FASAL 12 PEMERIKSA KIRA-KIRA


FASAL 13 PENGAMANAH 12
FASAL 14 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
FASAL 15 PENASIHAT/PENAUNG
FASAL 16 LARANGAN


FASAL 17 PINDAAN UNDANG-UNDANG 13
FASAL 18 PEMBUBARAN


















FASAL 1 NAMA

(1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama Kelab Motorsikal Berkuasa Tinggi Sabah
(Sabah Big Bikers Club). Selepas ini disebut Pertubuhan.

FASAL 2 TEMPAT URUSAN

(1) Tempat urusan Pertubuhan ialah Resource Centre, 16 Grace Square 1, Jalan Pantai
Sembulan, 88100 Kota Kinabalu, Sabah atau ditempat lain yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa. Tempat urusan Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran
Pendaftar pertubuhan terlebih dahulu.

FASAL 3 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA















(A) BENTUK

Logo Kelab berbentuk sebuah bayangan motosikal berlatar belakangkan matahari senja
terbenam dengan nama SABAH BIG BIKERS CLUB

(B) PENGERTIAN WARNA

WARNA OREN pada matahari melambangkan keindahan & kecantikan destinasi-
destinasi yang akan dilawati dengan membawa kenangan-kenangan yang indah &
mengembirakan.

WARNA MERAH melambangkan semangat kecekalan, keberanian, keharmonian,
perpaduan, kebijaksanaan dan pemuafakatan sesama ahli serta ketabahan
menghadapi sesuatu cabaran dan halangan dalam menempuh sesuatu ekspedisi dan
aktiviti yang dijalankan.

WARNA BIRU melambangkan kepentingan menjalankan sesuatu objektif dimana bagi
Sabah Big Bikers, motif utama selain dari menimba pengalaman dalam setiap
ekspedisi, tanggungjawab utama juga adalah mempromosikan Sabah sebagai suatu
destinasi pelancongan serta keistimewaannya sebagai negeri dibawah bayu di
Malaysia.













FASAL 4 TUJUAN / MATLAMAT

(1) Mengumpul peminat motorsikal berkuasa tinggi (500 cc ke atas) di Sabah

(2) Berkongsi pengalaman dan pengetahuan serta menanamkan displin dan perpaduan
dikalangan ahli supaya mengutamakan keselamatan di Jalan Raya sambil menimba
pengalaman di antara satu sama lain,

(3) Memberi tumpuan kepada sesuatu ekspidisi supaya berjalan lancar dan mengambil
peluang untuk memberi pendedahan mengenai Sabah cara 'Promosi Sabah secara
bergerak'.


FASAL 5 KEAHLIAN

(1) Keahlian adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun
keatas, bermastautin di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Keahliannya
terbahagi kepada dua:-

(i) Ahli biasa
Mereka hendaklah memiliki Motosikal Berkuasa Tinggi (500cc ke atas) dan lesen
memandu yang sah serta tidak mempunyi rekod jenayah.

(ii) Ahli Bersekutu
Mereka yang meminati Motosikal berkuasa tinggi. Ahli Bersekutu tidak berkuasa
mengundi dan memegang jawatan dalam pertubuhan.

(2) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua
orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan
permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan.
Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa
memberi sebab-sebabnya.

(3) Tiap-tiap pemohonan yang permohonnya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas,
hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulanan pertama seperti yang
ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.

(4) Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli
Pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.

FASAL 6 BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

(1) Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan oleh Ahli Biasa Dan Bersekutu adalah
seperti berikut:

Bayaran masuk RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja)
Yuran bulanan RM 10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh sahaja)

(2) Yuran bulanan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam tempoh
10 hari dari awal tiap-tiap bulan.

(3) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua bulan akan menerima surat
peringatan yang ditandatangani oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak
keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.

(4) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga bulan
dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh
memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih
dahulu.

(5) Jawatankuasa mempunyi kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang
telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

(6) Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh
dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang
mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka
wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan.

FASAL 7 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

(1) Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Persekutuan hendaklah memberi
kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan
segala hutangnya.

(2) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak
dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau
digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah
oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut,
ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau
penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk
memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan auat penggantungan itu
hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan
keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

FASAL 8 MESYUARAT AGUNG

(1) Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-
kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali
ganda jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi
korum untuk mesyuarat.

(2) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan
untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh
(tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak
cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat
tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Pertubuhan dan membuat
keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

(3) Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dengan secepat
mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac
pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja
mesyuarat agung tahunan ialah;

(a) menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan pertubuhan di dalam tahun
lalu;

(b) menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun
yang lalu;

(c) memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk tahun yang akan
datang; dan

(d) menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

(4) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari
sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan
peringatan mesyuarat dan laporan serta penyataan kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu
yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh
ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.

(5) Mesyuarat Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan:
(a) bila difikirkan beramai-ramai mustahak oleh Jawatankuasa

atau

(b) atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima
(1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan
sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha
Pertubuhan.

(6) Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh
di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat.

(7) Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh
Setiausaha kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang
telah ditetapkan untuk bermesyuarat.

(8) Fasal 8 (1) dan 8 (2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan
Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk mesyuarat Agung Khas,tetapi
dengan syarat jika korum ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-
ahli itu maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari
tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama
tidaklah boleh diadakan.

(9) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf peringatan
tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa
segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.


FASAL 9 JAWATANKUASA

(1) Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah
dipilih di dalam Mesyuarat Agung tahunan:

Seorang Yang Dipertua
Seorang Naib Yang Dipertuan
Seorang Setiausaha
Seorang Penolong Setiausaha
Seorang Bendahari
4 orang Ahli Jawatankuasa biasa

(2) Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan
tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.

(3) Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan
pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat
Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap tahun.

(4) Fungsi jawatankuasa ialah mengelolah dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan
dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan
mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa
seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan ynag bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan
Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa
hendaklah menemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalan tahun lalu kepada tiap-
tiap Mesyuarat Agung Tahunan.







(5) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan.
Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari
terlebih dahulu. Yang Dipertuan dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4
orang diadakan mesyuarat Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya
diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah
(1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan
perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

(6) Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan
mesyuarat jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah
mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli jawatankuasa secara pengedaran surat
pekelilingan. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan
sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima:

(a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat
pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli jawatankuasa.

(b) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah
menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan

(c) Keputusan hendaklah dengan undi yang banyak.

Sebarang keputusan yang didapat melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh
Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di
dalam peringatan mesyuarat.

(7) Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali
berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan
jawatan di dalam Jawatankuasa.

(8) Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang
kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil
untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau
menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain
memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

(9) Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan Pegawai-pegawai lain
untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang
difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang
pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar
menjalankan keputusan jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh
merosakkan kepentingan pertubuhan.

(10) Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan
memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.

FASAL 10 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

(1) Yang Dipertuan, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi
semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab
atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyi undi pemutus dan
hendaklah ia menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan
Setiausaha dan Bendahari.

(2) Naib Yang Dipertuan hendaklah memangku jawatan Yang Dipertuan semasa
ketiadaanya.






(3) Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut undang-
undang dan hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat agung dan Jawatankuasa.
Ia bertanggungjawap mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua
buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan.Setiausaha hendaklah
menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan
tarikh lahir. nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat
rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat
cacatan mesyuarat. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan
bersama-sama dengan yang Dipertuan dan Bendahari. Setiausaha hendaklah dalam
masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata
tahunan pertubuhan kepada Pendaftar pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di
bawah Seksyen 14 (1) Akta pertubuhan, 1966.

(4) Penolong setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan
memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.

(5) Bendahari adalah bertanggungjawap berkenaan semua hal kewangan pertubuhan. Ia
hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan
dan bertanggungjawap di atas ketepatannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek
Pertubuhan bersama-sama dengan Yang Dipertuan dan Setiausaha.

(6) Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan
tugas yang diarahkan olehnnya.


FASAL 11 KEWANGAN

(1) Tertakluk kepada pertubuhan-pertubuhan berikut dalam undang-undang ini wang
Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfeadah bagi menjalankan
tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan
perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa
kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar
denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.

(2) Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM300.00 (Ringgit
Malaysia Tiga ratus Sahaja) pada suatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu
mestilah dimasukkkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira
bank itu hendaklah di atas nama pertubuhan.

(3) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Pertubuhan hendaklah
ditandatangani bersama oleh Yang Dipertuan, setiausaha atau Bendahari maka
bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk
menandatangi cek atau kenyataan pengeluaran wang Pertubuhan.

(4) Perbelanjaan yang lebih daripada RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) bagi
sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh
Jawatankuasa dan perbelanjaan yang lebih RM2,500.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu
Lima Ratus Sahaja) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Yang Dipertuan bersama
setiausaha dan Bendahari.

(5) Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun
hendaklah disediakan oleh Bendahari dan Diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang
telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat dibekalkan
untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan.

(6) Tahun kewangan Pertubuhan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb
Disember tiap-tiap tahun.






FASAL 12 PEMERIKSA KIRA-KIRA

(1) Dua orang yang bukan Pegawai Pertubuhan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung
Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-kira. Mereka akan memegang jawatan selama satu
tahun dan boleh dilantik semula.

(2) Pemeriksa Kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira pertubuhan bagi setahun
dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga
dikehendaki pada bila-bila masa oleh Yang Dipertuan mengaudit kira-kira pertubuhan
bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan
kepada Jawatankuasa.


FASAL 13 PENGAMANAH

(1) Tiga orang Pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di
dalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh
Pertubuhan. Semua harta tetap kepunyaan Pertubuhan akan diamanahkan kepada
mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of trust).

(2) Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindahkan hakmilik harta
kepunyaan Pertubuhan dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan
oleh mesyuarat agung Pertubuhan.

(3) Seseorang Pengamanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh mesyuarat
agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri
atau kerana sebab lain yang mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan tugasnya atau
pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau
pembuangan bagi seseorang Pengamanah maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan
oleh Pengamanah yang baru yang dilantik di dalam mesyuarat agung.

FASAL 14 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

(1) Di antara berlangsungnya mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan
tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh
memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.

(2) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah
dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah
muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung.

FASAL 15 PENASIHAT / PENAUNG

Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu melantik orang-orang yang layak menjadi
Penasihat / Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu
menyatakan persetujuannya secara bertulis.

FASAL 16 LARANGAN

(1) Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah
Pertubuhan: Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau,
Tien Know, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh Dan
setengah, semua permainan dadu, banker's game, mainan video dan semua
permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib;

(2) Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga
mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam
gerakan kesatuan sekerja seperti definasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959;




(3) Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau
tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli,
tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan;

(4) "Faedah" seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah
boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.

FASAL 17 PINDAAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat
agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah
dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan mesyuarat
agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai
daripada tarikh pertubuhan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

FASAL 18 PEMBUBARAN

(1) Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang
daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu
mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.

(2) Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala
hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut undang-undang hendaklah
dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang
dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.

(3) Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar
dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.



Sabah Big Bikers Club, Resource Centre, 16 Grace Square 1,
Jalan Pantai Sembulan, 88100 Kota Kinabalu, Sabah.

E-mail: bigbikers@lycos.com